Nak cepat PUTIH?? Jom baca sini

Sesetengah produk pemutih kulit seperti sabun diuji mengandungi Merkuri dengan kepekatan 31 ppm, manakala sesetengah produk krim pemutih kulit pula diuji mengandungi Merkuri setinggi 33000 ppm.

Sebagai perbandingan, berikut adalah had kepekatan merkuri di dalam produk kosmetik yang dibenarkan di negara negara yang berbeza :

Kesatuan Eropah - Tidak dibenarkan
Kebanyakan negara Afrika - Tidak dibenarkan
Amerika Syarikat < 1 ppm
Kanada ≤ 3 ppm
Asean termasuk Malaysia < 1 ppm

Sumber : World Health Organization

Bayangkan jika terrrrguna produk pemutih dengan kepekatan merkuri setinggi 33000 ppm, silap silap berputih mata jadinya.

Bahaya utama penggunaan Merkuri secara berlebihan ialah kerosakan pada buah pinggang.

Oleh itu, berhati hati lah dalam memilih produk pemutih. Selidik dan siasat latar belakang produk tersebut.
Biarlah kita menjadi pengguna yang cerewet dalam isu isu keselamatan, kerana dengan bersikap demikian, manfaatnya akan kembali kepada kesihatan diri kita juga.
.
#MKbynor
#copypaste
Credit to : FB Khamarul Zaman

No comments:

Post a Comment

Copyright to PENGEDAR SAH SHAKLEE
Designed by UMIESUEstudio 2015