Bahaya Hydroquinone/ merkuri kepada kulit anda

Assalammualaikum..

Sementara anak-anak suami bawa keluar, sempat nor tulis entry ni.. Apa kena mengena entry kali ni dengan Mary Kay ye?? Bab kulit ni la paling asas kena kenal sebelum uolls mencuba produk yang sesuai dengan kulit uolls.

Ok jom kita go through apa sebenarnya lapisan yang ada dalam kulit ni. Actually kulit ada 3 lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Dan diantara epidermis dan dermis terdapat 1 lapisan halus yang dipanggil Sel Melamin. Sel ini berfungsi untuk menentukan warna kulit seseorang individu.
 


 Apa itu EPIDERMIS ??

EPIDERMIS adalah lapisan luar kulit kita yang sangat tipis.Fungsi epidermis adalah untuk melindungi badan kita yang terdedah dengan pelbagai bahan kimia, melindungi diri dari sinaran UV, dan melindungi badan kita dari bakteria.

Dalam epidermis terdapat 7 lagi lapisan yang nipis dan setiap lapisan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk pulih dan tumbuh kembali.


 Apa itu DERMIS ??

DERMIS adalah lapisan yang paling penting sebab kalau lapisan dermis ni kotor, lapisan luar (epidermis) akan bagi tanda dengan keluarnya jerawat, jeragat, bintik hitam dan sebagainya. Sebab itu, sangat ditekankan untuk menjaga bahagian dermis ini.

Dalam lapisan dermis ni terdapat pelbagai sel seperti :
  1. Sel kolagen
  2. Serat elastik
  3. Saluran darah
  4. Kilang peluh
  5. Kilang minyak
  6. Folikel rambut
  7. saluran limpah
  8. tisu lemak
 Apa itu HIPODERMIS ??

Lapisan bawah sekali yang mengandungi saluran darah sepeti arteri dan vena.

Apa kena mengena 'Hydroquinone' dengan kulit kita??

Pernah dengar nama Hydroquinone ni?? Bahan kimia ni biasa guna untuk cuci gambar. Air yang macam jernih macam air paip tu la cecair Hydroquinone.

Bahan kimia hydroquinone ni ibarat clorox tau.. Dia cuci habis segala kotoran dan apa sahaja yang berada dalam lapisan epidermis dan sel melamin. Sebab itu siapa yang guna produk yang mengandungi bahan kimia ini akan dapat merasa kenikmatan putih selepas beberapa hari penggunaan. Ini disebabkan oleh lapisan epidermis dan sel melamin telah di usir dari permukaan kulit.

Tapi Allah tu MAHA BERKUASA..even kita pakai produk yang mengandungi hydroquinone ni, xdelah sampai keluar rumah nampak lapisan dermis tu. Tapi bagi mereka yang memakai produk yang mengandungi Hydroquinone ini akan mengalami masalah seperti 'udang kena bakar' bila kulit terkena sinaran matahari.

Apa jadi dengan Dermis bila kita guna produk yang mengandungi Hydroquinone ni??

Kulit memang nampak cantik tanpa sebarang jerawat, cela dan lain-lain masalah kulit sebab bahan kimia ini menutupi lapisan dermis yang menghalang segala kotoran keluar dipermukaan kulit. TAPI bila kita stop je produk tu, haaaaaaaaaa...mula lah jerawat dan kotoran lain yang terkumpul sekian lama memberontak. Sebab itu bila individu yang gunakan produk peeling ni, bila stop segala jerawat, jeragat , kulit mengelupas akan tunjuk belang.

Ini adalah contoh bila mana jerawat yang sekian lama tersimpan keluar memberontak seperti bala tentera menyerang bila pintu sekatan dibuka. Ini mungkin terjadi bagi individu yang berhenti dari menggunakan produk peeling yang mengandungi hydroquinone atau merkuri.

Gabungan jerawat membentuk jerawat yang lebih besar ( Jerawat dalam jerawat )

Jadi tak mustahil terjadi jeragat seawal umur 20 tahun...OMG...sepatutnya jeragat ni timbul bila umur 40 tahun tu. Jadi fikirkanlah sama ada anda mahu CANTIK SEKARANG atau CANTIK BERPANJANGAN??

Sebab itu, dalam Mary Kay, saya sebagai Beauty Consultant sangat menekankan unutk mereka yang ada sejarah ambil produk peeling ini supaya DETOX terlebih dahulu sebelum proceed dengan Skincare Mary Kay.

Jom ketahui apa itu DETOX dalam Mary Kay dalam entry seterusnya. Klik sini

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya seperti perincian yang tertera di bawah.


 Mary Kay Malaysia Independent Beauty Consultant

NOR RASIDAH BINTI SIDEK
SMS/WHATSAPP : 019-6125530
Instagram : Rasidah.Sidek

No comments:

Post a Comment

Copyright to PENGEDAR SAH SHAKLEE
Designed by UMIESUEstudio 2015